BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,

ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada

yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin

pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua

pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat

minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,

Pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.

Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka

lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita

tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.


Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sendiri mau ingat.


Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?

Harta benda anda, dari mana anda dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

KeRaNa ItuLaH PiLiHaNkU!!

Sunyi sepi..suasana masih gelap..dunia masih tidur..siang bakal menjelang...





Beberapa detik lagi siang akan menjelang..akan hilang suasana yang damai. Hiruk-pikuk kenderaan mengiringi kedatangan matahari siang. Kedamaian subuh bakal berlalu pergi....ketenangan jiwa diganti dengan kekalutan...kalut mengejar waktu..kecoh membuat keputusan..tergesa-gesa dengan temujanji...





Untuk beberapa jam lagi..aku akan berhadapan dengan hari siang..hari yang mencabar..Saat ini..ketika ini... aku mesti membuat pilihan..Kerana aku ini manusia..aku bebas membuat pilihan... justeru aku pun memilih....





Aku memilih cinta dan kasih sayang...

Tiada ruang untuk aku membenci..tiada ruang untuk aku menyakiti...Tiada ruang untuk aku memandang sinis kepada orang lain..Aku memilih cinta dan kasih sayang. Hari ini aku mencintai Tuhan dan menyayangi apa yang disayangi oleh Tuhan.





Aku memilih kegembiraan...

Tiada ruang untuk aku bersedih dan mengingati perkara yang menyedihkan..aku ingin bergembira dan ingin melihat orang lain juga bergembira..aku ingin memandang bahawa setiap masalah bukan penyebab kepada kedukaan sebaliknya peluang yang datang daripada Tuhan yang harus disambut dengan rasa syukur dan gembira..





Aku memilih kedamaian..

Aku akan memaafkan dan berharap akan dimaafkan...tiada ruang untuk aku bermasam muka dan bermusuhan..





Aku memilih kesabaran...

Aku bersedia menghadapi segala rintangan dan keperitan, kesakitan dan kepayahan..Daripada menyumpah orang yang memberi masalah kepada aku..lebih baik aku berbaik-baik dengannya....Daripada mengomel kerana terpaksa menunggu lama...lebih baik aku bersyukur kepada Tuhan kerana memberi masa yang lebih untuk aku berdo'a dan berzikir..Daripada aku lari dari segala kesulitan dan kepayahan...lebih baik aku menghadapainya dengan perasaan sabar, gembira dan berani..





Aku memilih untuk membantu...

Aku akan membantu insan yang dalam kemiskinan kerana mereka keseorangan..aku akan membantu yang kaya kerana mereka dalam ketakutan..aku akan membantu orang yang membantu aku...kerana begitulah Tuhan telah mendidik aku..





Aku memilih kebaikan...

Aku rela hidup tanpa kekayaan daripada mendapat kekayaan dengan cara yang tidak halal...tidak ada ruang untuk aku bersikap sombong dan menunjuk-nunjuk..tidak ada ruang untuk aku memandang rendah dan menuduh orang lain kerana aku memilih kebaikan





Aku memilih kepercayaan...

Hari ini aku akan menunaikan janjiku...Teman-temanku tidak akan merasa tertipu dengan setiap patah perkataanku.. Kekasih ku tidak akan tertanya-tanya tentang cinta dan kasih sayang ku..Anak-anakku tidak akan ketakutan dan bersedih jika aku tidak pulang ke rumah hari ini..





Aku memilih kelembutan...

Tiada yang dapat dicapai melalui paksaan dan kekerasan..aku memilih kelembutan..Jika aku terpaksa meninggikan suara, biarlah ia di dalam pujian..Tiada ruang untuk aku menggunakan kekerasan untuk memiliki sesuatu..





Aku memilih untuk mengawal diri...

Tidak ada ruang untuk aku marah-marah pada perkara yang remeh...aku mengawal diriku daripada nafsu dan keseronokan yang berlebihan sehingga melalaikan...aku mengawal lidahku daripada menyakiti hati seseorang..aku mengawal pergerakan jasadku daripada sesuatu yang memudharatkan...Pengawalan diriku berpandukan apa yang tercatit dalam Quran dan Sunnah Rasululullah saw.





Cinta, kegembiraan, kesabaran, membantu, kebaikan, kepercayaan, kelembutan dan mengawal diri...inilah pilihanku pada hari ini..Andainya aku berjaya...aku amat bersyukur sekali..andainya tidak, aku memohon ampun kepada Tuhan..dan tatkala hari ini berakhir..aku akan lena dengan hati yang tenang dan jiwa yang lapang...kerana itulah pilihanku..

Monday, December 20, 2010

Men Bowling...NT Hebat!!!






Alkisah..nk dijdkn cerita...sblm cuti skolh y lepas,,,ada sowg penyelia offer aku tuk men bowling..ermmm...aku bknnya reti men pown..
setakat men bowling baling guna buah nyoq reti rrr...tp dah disbbkn x da sapa y masuk..
aku pown setuju rrr...
competition tu bowling centre pacific..under kelab sukan KEMAS Ngri Pulau Pinang..
ramai rrr y hadir..
aku wakil KEMAS Nibong Tebal bsama2 dgn kwn seperjuangan aku..Ross...pastu En. lan ngan Azam..
sambil men..bola masuk longkang..
ahaks!!!!
lawak gilerrr...
tp y paling lawak tu..pasukan kami ley dpt tmpt ke 3..alhamdulillah...
bangga tetap bangga..'sekurang2nya dpt mengharumkn nama KEMAS Nibong Tebal..
Di bwh nie...ada beberapa keping gmbr kami y pro bermain..ahaks!!

Tuesday, October 5, 2010

CinTa

Cunta..
umpama lembayung senja...
hadirnya sementara...

cinta..
amat asyik membelai rasa..
sering diamuk rindu...
gelisah mainan bicara..

CINTA...
adalah teka teki dan tanda tanya..
adalah benci adlah sengketa..

BEGITULAH CINTA..
Janji..hanya ungkapan yang tak bertepi..
Bahagia..hanya mimpi..
yang tak pasti..

Sunday, October 3, 2010

```AkU ```

time raye ke4 aku kuar g umh kwn aku y sowg nie...
umh mak labu..
then temnkn dier k airport penang cz nk bli tiket..
ini bukti dia..







semenjak 2 menjak ni aku mmg ske amek gmbr..
pehal plak dh..
xkira rr..kdg2 gmbr bgunn pown aku amek gak..
tetiba rase cm nk mengembangkn bakat..
mana taw t leh cri sub income y baru..





Bahan Bacaan


Lately nie rase cm byk keje sgt y aku xsmpt nk siapkn..
x sempat siapkn kew or slalu dok tangguh keje???
Erm...rase cm bzz sgt hari2..

hari2 terkejar ke sane..ke sini..xtau bende ape y aku dok kejar..
tp alhamdulillah..
terima kasih kpd Allah SWT krn memberi aku kesihatan y baik..
dan krn itulh aku dpt bergerak dan bernafas hari2..

dlm kesibukan aku..aku x lupa utk meneruskn hobi aku y 1..
MEMBACA...
dizz year..aku sudaa ade mase tuk mengumpul novel cm dolu2..

Saturday, October 2, 2010

MuRaL & KemaSaN TABIKA

Wt sumer cikgu cikgi y di luar sana...
cmne nk kasi TABIKA kita berada di dlm keadaan CANTIK???
No 1..cikgu kena rajin...
no 2...kena selalu bermasyarakat dgn org sekeliling..nanti senang kita nk minta tolong..

Kerjaya sbg guru ni nmpk ja senang....sebetulnya..cikgu la y paling susah...semuanya kena buat sndiri..kauntan pun dia..guru pun dia...tukang kebun pun dia..tukang cuci...pengasuh..n bla bla bla..

Ok..di bwh ni sy dh upload gmbr2 hiasan y kita boleh buat di Tabika kita..
Harap enjoy..